Pembersihan rumah untuk Pindah Keluar Masuk Rumah, Deep Cleaning dan Post Renovation Cleaning.
Harga: Mengikut keluasan rumah.
Deep Cleaning
Deep Cleaning ialah pembersihan menyeluruh mengikut keluasan dan keadaan rumah.
- Bilik tidur dan ruang tamu: Lap perabot serta kabinet yang boleh dicapai, alih perabot ringan sahaja dan bersihkan lantai. Perabot berat tidak dialihkan.
- Dapur: Lap kabinet, countertop dan sinki, serta bersihkan lantai.
- Bilik air: Cuci mangkuk tandas, sinki dan dinding jubin; bersihkan kesan sabun dan air.
- Balkoni dan yard disapu serta dimop; porch dan grill dibersihkan dengan teliti.
- Peralatan asas disediakan. Kawasan tinggi yang tidak dapat dicapai dengan selamat mungkin tidak termasuk. Bilangan petugas dan tempoh kerja bergantung pada keluasan serta skop rumah.
Post Renovation Cleaning
- Habuk renovasi dan sisa simen dibersihkan berulang kali menggunakan scrubber dan wet vacuum untuk menyedut habuk halus dengan lebih berkesan.
- Pembersihan meliputi kawasan yang boleh dicapai seperti dinding dan siling, tingkap dan kaca, kabinet dan perabot, dapur, bilik air, pintu, lampu, kipas dan peralatan elektrik.
- Bahan kimia dan pelarut yang sesuai digunakan untuk kesan cat, karat dan kotoran lama. Supervisor akan memaklumkan di lokasi jika terdapat kerosakan kekal yang tidak dapat dipulihkan.
- Kebiasaannya sekitar 90–95% habuk halus dapat dibersihkan; sebahagian habuk mungkin mendap semula selepas pembersihan.